Rabu, 1 Jun 2011

Keunikan diri

Bismillahirrahmanirrahim
Rabu 1 Jun,2011
14:12

Setiap kita ada sifat kita yang tersendiri.Allah menjadikan kita memiliki keunikan kita tersendiri.Kenapakah demikian?Ini kerana Allah menjadikan kita sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan dunia ini.Setiap kita mempunyai peranan masing2.Perananku tidak sama dengan peranan suamiku, anakku, kakakku, jiranku atau kawan2ku.Tugas kita adalah untuk mencari keunikan diri sendiri sehinggalah kita dapat menggunakan keunikan itu untuk kebaikan lingkungan kita.

Apakah akan terjadi jika kita tidak dapat mengetahui keunikan atau kehebatan diri kita?Kita akan kehilangan diri kita.Kita menjadi orang yang tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.Setiap tindakan yang kita ambil akan terikut-ikut dengan cara orang lain yang mempunyai pengaruh ke atas kita.Kita tidak ada kelainan, sama seperti orang lain.

Suatu ketika dahulu aku juga tidak mengetahui apakah keunikan diriku.Kulalui zaman kanak2ku, zaman remajaku, zaman mudaku dengan tiada keyakinan diri.Sungguh, aku merasa tertekan sekali.Tiada kebahagiaan mutlak yang dapat kukecapi.Setiap tindakan yang perlu diambil kuragui.Aku hanya mengikut pengiktirafan orang sekelilingku.Aku memandang rendah dengan sikap2 yang kumiliki.Seolah aku tiada kelebihan yang Allah anugerahkan.

Sehinggalah aku belajar mengenali diriku.Oh, rupa2nya aku ada juga kehebatan.Sifat pendiam yang kumiliki rupanya mempunyai banyak kelebihan.Aku belajar mengenai kelemahan dan kelebihan diriku dan akhirnya aku dapat menerima diriku sepenuhnya.Dengan ilmu yang kupelajari, aku mengetahui setiap orang dicipta ada keistimewaan masing2.Sifatku yang pendiam membolehkan aku mendapat ilham2.Kekuatanku adalah ilham.Minatku pula adalah kerohanian.Aku akhirnya menjumpai diriku.Maafkan hambaMu ini ya Allah kerana tidak menghargai anugerah2 yang telah kau sediakan buat diriku sedari dulu lagi.Aku berazam untuk menggunakan segala anugerahMu ini ke arah perjuangan menegakkan kalimahMu.Bantulah hambaMu ini.Sesungguhnya hanya Kau yang dapat memberiku kekuatan.

Alhamdulillah aku bahagia kini kerana telah menemui keyakinan diri.Sesungguhnya tiada kenikmatan hidup tanpa keyakinan diri.Keyakinan diri yang kuat datangnya dari keyakinan yang kuat kepadaMu.Terima kasih Allah atas kurniaan tertinggi ini.