Sabtu, 28 Mei 2011

Jauhnya caraku dengan cara idolaku

Bismillahirrahmanirrahim

Sabtu 28 Mei, 2011
12:11 tgh

Suatu perkara yang mencabar diriku adalah untuk sentiasa istiqamah di jalan yang Allah redhai.Setiap detik yang berlalu pasti akan diminta dipertanggungjawabkan.Sesungguhnya ia adalah kerana kejadian kita ada tujuannya, bukan saja-saja.Setiap saat akal dan hati sentiasa perlu berada di hadapan mengawal diri dari serangan2 musuh yang tidak pernah kenal penat dan jemu dan sentiasa kreatif dalam perancangan mereka untuk menjajah diri kita. Semua itu berlaku dalam keadaan yang paling halus dan tidak kita sedari.

Bagaimanakah aku hendak menghadapi setiap detik2 yg mendatang sehinggalah berakhirnya tempoh usia yang Allah pinjamkan kpdku?Untuk itu perkara yang amat2 aku perlukan adalah rahmat Allah.Satu ketika dahulu rahmat Allah tidak pernah menjadi satu kepentingan yang amat seperti waktu ini.Apakah aku dahulu tidak memerlukannya?Sebenarnya kejahilan dirikulah yang membuatkan aku merasai seperti tidak memerlukan rahmat Allah.

Kedua, aku perlukan ilmu kerana bagiku ilmu ibarat penyuluh menerangi jalan yang sedang kulalui.Ilmu yang aku perlukan adalah ilmu yang benar yang datangnya dari pemilik ilmu iaitu Allah al-alim.Aku ingin mengkaji semua ilmu yang terdapat di dalam al-quran dan as-sunnah.Ilmu2 inilah yang dapat membimbing diriku tentang dunia dan akhirat.Aku perlu tahu ilmu tentang dunia kerana di sinilah tempat aku mencari bekal.Aku perlu membawa bekal yang sebanyak2 nya untuk aku guna di akhirat nanti.Aku perlu tahu ilmu tentang akhirat kerana kehidupan di akhirat nanti tidaklah sama dengan di dunia.Pengetahuan tentang akhiratlah membuat aku faham kepentingan mengumpul bekalan2 di dunia ini.

Sesungguhnya orang yg bijaksana adalah orang yang paling banyak pengetahuan tentang akhirat.Orang yang hanya tahu tentang dunia adalah orang yang bijaksini.Hanya di sini dia pandai.Rasulullah saw adalah insan yang paling bijak.Allah menganugerahi baginda dgn peristiwa israk mikraj.Sejak daripada peristiwa itu nabi saw tidak pernah ketawa.Baginda saw sedih mengenangkan azab2 yang bakal dilalui oleh umat2nya yang berbuat dosa.Aku bagaimana?Sungguh, disebabkan kurang memikirkan ttg tempat yg hakikatnya kita akan pergi suatu hari nntlah membuatkan aku masih lagi boleh ketawa berdekah2 dan merasai kehidupan sekarang adalah segala2nya.

Ya Allah, tunjukilah hambaMu ini, luruskanlah hambaMu ini.Sedangkan nabi saw, insan yang paling bijak setiap saat meminta pertolongan Allah, inikan pula diriku yang jahil dan hina ini.Nabi saw tidak bercakap dan bertindak ikut nafsu sedangkan aku sering mengikut nafsu.Betapa jauhnya sikap diriku berbanding dgn idolaku.Andai aku ingin mendapat tempat yang mulia, aku mesti mencontohi insan kesayanganku ini.Selawat dan salam buat nabi junjungan, keluarga dan sahabat baginda saw.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan