Selasa, 8 Mac 2011

Terima Kasih Penciptaku


Bismillahirrahmanirrahim.
11:40 pg
Khamis 3/3/2011

Selepas menunaikan solat Dhuha.Terasa begitu nikmat sekali.Tak terungkap dengan kata-kata.Ingin kukongsi rasa ini dengan insan lain.Aku cuba kerana aku ingin sekali supaya sesiapa sahaja yang belum pernah merasai kenikmatan yang kualami ini akan berusaha sehingga dapat merasainya suatu hari nanti.

Wahai Allah, pencipta sekelian alam..terima kasih kerana membuat aku faham apakah kenikmatan yang sebenarnya itu.Rasa kerdil diri ini di hadapanMu.Aku ingin berusaha sedaya upaya, sekuat tenagaku untuk menyembahMu, membesarkanMu, menyucikanMu, mengingatiMu di setiap hela nafasku kerana hanya Kau yang berhak ke atasku.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku ingin menjadi hamba yang menuruti segala suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu tapi aku hamba yang lemah..seringkali aku tertewas dengan nafsu yang menguasai diri ini, dengan syaitan yang sentiasa dengki denganku, dengan manusia sekelilingku yang mengajak kepada keseronokan dunia..aku perlukan kekuatan dariMu ya Allah agar aku dapat selalu rasa nikmat seperti yang kurasai sekarang ini..Oleh itu aku berdoa kepadaMu: "Ya Allah, aku memohon untuk sentiasa mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperbaguskan lagi amalku untukMu.."

Aku memohon kepadaMu, ajarilah dan fahamkanlah diriku dengan segala ilmu yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis nabi saw.Terlalu luas ilmuMu di dalam 2 kitab ini..Aku memohon untuk dapat memahami segala ilmu yang terkandung di dalamnya dan selepas itu mengamalkan kesemuanya demi keranaMu..

Inilah nikmat hidup yang sebenarnya. Nikmat berada di atas jalan yang lurus, dengan wajahku sentiasa menghadap kepadaMu mengharapkan kasih sayang dan rahmatMu.Pimpinlah daku, tunjukilah daku..hambaMu yang lemah ini..Hanya Kau yang kusanjung, yang kupuja, yang menjadi dambaanku..

Terima Kasih penciptaku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan