Khamis, 22 April 2010

Kenapa kita mandi

Bismillahirrahmanirrahim
Ada orang terlampau sensitif dengan bau badan.Kalau sensitif dengan bau badan orang lain saja tapi dengan bau badan sendiri tak sensitif, itu dah kes teruk.
Allah jadikan setiap benda berpasangan kerana hanya DIA yang tunggal.Kebanyakan kita hanya prihatin terhadap bau yang fizikal tetapi tak peka langsung dengan bau yang non-fizikal.Kalau badan berbau, kita boleh pergi mandi, syampu dengan syampu yang paling sedap sekali, lepas tu sembur lagi dengan minyak wangi, tambah dengan guna deodran pulak tu..
Tetapi di sebalik sunnah mandi ada tersirat sesuatu yang Allah nak ajar kita iaitu kita pun mesti peka dengan bau tidak enak non-fizikal yang disebabkan oleh dosa-dosa kita. Kekotoran fizikal mudah untuk kita bersihkan tapi kekotoran dosa susah sekali untuk kita bersihkan.
Sudahkah kita membersihkan diri kita daripada kekotoran non-fizikal kita pada hari ini?Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi bersih sebersih-bersihnya luar dan dalam..Dan sama-sama kita amalkan Ya Quddus Ya Salam..moga-moga Allah menjadikan kita hambaNya yang suci dan sejahtera kerana banyak nikmat yang dapat kita peroleh jika kita menjaga kesucian diri luar dan dalam.

1 ulasan:

  1. islam mengutamakan kebersihan. kalau seorang pendakwah yang ingin mendakwah sedangkan bau badannya tak menyenangkan, macammana orang nak mendekati pendakwah tersebut...kalau ada kebersihan dalam dirinya maka akan sendirinya akan ada kebersihan di luarannya... maknanya ingin apa itu tujuan kebersihan dan untuk apa.....Syabas kerana menulis tajuk ini yang mana jarang diutarakan...

    BalasPadam