Isnin, 26 Mac 2012

Kini ku pasti

Bismillahirrahmanirrahim


Hampir setahun aku mengabaikan blogku ini.Kini ku kembali dgn sesuatu yg kuyakini.Duniaku adalah ilmu.Aku sgt2 dahagakan ilmu.Kini aku pasti tiada lain yg bertempat di hati ini.Pencarianku kini menuju apa yang mudah dan membahagiakan diriku.Puas kucari, alhamdulillah telah kutemui.

Cintailah apa yang kau perjuangkan dan perjuangkanlah apa yang kau cintai.Aku mencintai ilmu.Ilmu buat aku tenang dan damai.Ilmu memanduku tika aku dalam kebuntuan.Ilmu menemaniku tika aku keseorangan.Ilmu mengajarku tika aku dalam kejahilan.Ilmu memberitahuku tentang diriku.Ilmu menyedarkanku tentang siapa aku.Ilmu mengenalkanku dgn siapa yang menjadikanku.Ilmu membawaku ke arah cahaya dan mengelakku dari terjerumus ke lembah kehinaan.Ilmu memuliakanku.Ilmu membahagiakanku.Begitu banyak kebaikan yang boleh kudapat dengan ilmu.Bagaimana tidak aku mencintainya.

Dengan ilmu aku tahu makna hidup.Dengan ilmu aku menyayangi insan lain.Dengan ilmu aku dapat memberi kepada saudara-saudaraku.Dengan ilmu aku dapat hidup dengan sebaiknya.Dengan ilmu fikiran yang buntu mendapat penyelesaian.Bagaimana untuk aku dapatkan ilmu dengan sebanyak-banyaknya?Berapa banyak ilmu yang cukup buat diriku?Ilmu itu terlampau luas.Ianya milik pemiliknya.Aku tidak akan pernah puas dengan ilmu.Sebagaimana aku tidak pernah puas mendekati pemiliknya.Aku sedar apa yang harus aku lakukan adalah dengan berada sedekat-dekatnya dengan pemilik ilmu itu.Bila aku dekat denganNya apa saja ilmu yang aku perlukan pasti Dia akan mengilhaminya kepadaku.Tapi dengan syarat aku perlu menjadi hamba yang diredhaiNya.Inilah yang akan kuperjuangkan selagi hayatku dikandung badan.

Rabu, 1 Jun 2011

Keunikan diri

Bismillahirrahmanirrahim
Rabu 1 Jun,2011
14:12

Setiap kita ada sifat kita yang tersendiri.Allah menjadikan kita memiliki keunikan kita tersendiri.Kenapakah demikian?Ini kerana Allah menjadikan kita sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan dunia ini.Setiap kita mempunyai peranan masing2.Perananku tidak sama dengan peranan suamiku, anakku, kakakku, jiranku atau kawan2ku.Tugas kita adalah untuk mencari keunikan diri sendiri sehinggalah kita dapat menggunakan keunikan itu untuk kebaikan lingkungan kita.

Apakah akan terjadi jika kita tidak dapat mengetahui keunikan atau kehebatan diri kita?Kita akan kehilangan diri kita.Kita menjadi orang yang tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.Setiap tindakan yang kita ambil akan terikut-ikut dengan cara orang lain yang mempunyai pengaruh ke atas kita.Kita tidak ada kelainan, sama seperti orang lain.

Suatu ketika dahulu aku juga tidak mengetahui apakah keunikan diriku.Kulalui zaman kanak2ku, zaman remajaku, zaman mudaku dengan tiada keyakinan diri.Sungguh, aku merasa tertekan sekali.Tiada kebahagiaan mutlak yang dapat kukecapi.Setiap tindakan yang perlu diambil kuragui.Aku hanya mengikut pengiktirafan orang sekelilingku.Aku memandang rendah dengan sikap2 yang kumiliki.Seolah aku tiada kelebihan yang Allah anugerahkan.

Sehinggalah aku belajar mengenali diriku.Oh, rupa2nya aku ada juga kehebatan.Sifat pendiam yang kumiliki rupanya mempunyai banyak kelebihan.Aku belajar mengenai kelemahan dan kelebihan diriku dan akhirnya aku dapat menerima diriku sepenuhnya.Dengan ilmu yang kupelajari, aku mengetahui setiap orang dicipta ada keistimewaan masing2.Sifatku yang pendiam membolehkan aku mendapat ilham2.Kekuatanku adalah ilham.Minatku pula adalah kerohanian.Aku akhirnya menjumpai diriku.Maafkan hambaMu ini ya Allah kerana tidak menghargai anugerah2 yang telah kau sediakan buat diriku sedari dulu lagi.Aku berazam untuk menggunakan segala anugerahMu ini ke arah perjuangan menegakkan kalimahMu.Bantulah hambaMu ini.Sesungguhnya hanya Kau yang dapat memberiku kekuatan.

Alhamdulillah aku bahagia kini kerana telah menemui keyakinan diri.Sesungguhnya tiada kenikmatan hidup tanpa keyakinan diri.Keyakinan diri yang kuat datangnya dari keyakinan yang kuat kepadaMu.Terima kasih Allah atas kurniaan tertinggi ini.


Sabtu, 28 Mei 2011

Jauhnya caraku dengan cara idolaku

Bismillahirrahmanirrahim

Sabtu 28 Mei, 2011
12:11 tgh

Suatu perkara yang mencabar diriku adalah untuk sentiasa istiqamah di jalan yang Allah redhai.Setiap detik yang berlalu pasti akan diminta dipertanggungjawabkan.Sesungguhnya ia adalah kerana kejadian kita ada tujuannya, bukan saja-saja.Setiap saat akal dan hati sentiasa perlu berada di hadapan mengawal diri dari serangan2 musuh yang tidak pernah kenal penat dan jemu dan sentiasa kreatif dalam perancangan mereka untuk menjajah diri kita. Semua itu berlaku dalam keadaan yang paling halus dan tidak kita sedari.

Bagaimanakah aku hendak menghadapi setiap detik2 yg mendatang sehinggalah berakhirnya tempoh usia yang Allah pinjamkan kpdku?Untuk itu perkara yang amat2 aku perlukan adalah rahmat Allah.Satu ketika dahulu rahmat Allah tidak pernah menjadi satu kepentingan yang amat seperti waktu ini.Apakah aku dahulu tidak memerlukannya?Sebenarnya kejahilan dirikulah yang membuatkan aku merasai seperti tidak memerlukan rahmat Allah.

Kedua, aku perlukan ilmu kerana bagiku ilmu ibarat penyuluh menerangi jalan yang sedang kulalui.Ilmu yang aku perlukan adalah ilmu yang benar yang datangnya dari pemilik ilmu iaitu Allah al-alim.Aku ingin mengkaji semua ilmu yang terdapat di dalam al-quran dan as-sunnah.Ilmu2 inilah yang dapat membimbing diriku tentang dunia dan akhirat.Aku perlu tahu ilmu tentang dunia kerana di sinilah tempat aku mencari bekal.Aku perlu membawa bekal yang sebanyak2 nya untuk aku guna di akhirat nanti.Aku perlu tahu ilmu tentang akhirat kerana kehidupan di akhirat nanti tidaklah sama dengan di dunia.Pengetahuan tentang akhiratlah membuat aku faham kepentingan mengumpul bekalan2 di dunia ini.

Sesungguhnya orang yg bijaksana adalah orang yang paling banyak pengetahuan tentang akhirat.Orang yang hanya tahu tentang dunia adalah orang yang bijaksini.Hanya di sini dia pandai.Rasulullah saw adalah insan yang paling bijak.Allah menganugerahi baginda dgn peristiwa israk mikraj.Sejak daripada peristiwa itu nabi saw tidak pernah ketawa.Baginda saw sedih mengenangkan azab2 yang bakal dilalui oleh umat2nya yang berbuat dosa.Aku bagaimana?Sungguh, disebabkan kurang memikirkan ttg tempat yg hakikatnya kita akan pergi suatu hari nntlah membuatkan aku masih lagi boleh ketawa berdekah2 dan merasai kehidupan sekarang adalah segala2nya.

Ya Allah, tunjukilah hambaMu ini, luruskanlah hambaMu ini.Sedangkan nabi saw, insan yang paling bijak setiap saat meminta pertolongan Allah, inikan pula diriku yang jahil dan hina ini.Nabi saw tidak bercakap dan bertindak ikut nafsu sedangkan aku sering mengikut nafsu.Betapa jauhnya sikap diriku berbanding dgn idolaku.Andai aku ingin mendapat tempat yang mulia, aku mesti mencontohi insan kesayanganku ini.Selawat dan salam buat nabi junjungan, keluarga dan sahabat baginda saw.



Khamis, 28 April 2011

Cintaku kepadaMu


Bismillahirrahmanirrahim.

Khamis 28 April 2011.
9:35 am

Alhamdulillah segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.Perkara terbaik untuk kita lakukan adalah mengenepikan sedikit masa yg kita ada untuk merenung dan menghisab diri.Andai perkara ini dapat dilakukan secara konsisten setiap hari pasti ia akan menjadikan kita insan yang lebih hebat hari ini berbanding semalam.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau telah mengajarku setiap kejadian telah pun ditentukan sejak azali lagi.Kejadian diriku adalah sesuatu yang paling bernilai buat diriku.Semakin banyak ilmu yang kuperolehi, semakin mengajarku untuk terus bekerja dengan lebih keras lagi.Semakin aku menikmati apa itu kebaikan dan semakin menyedarkanku alangkah ruginya jika diri berada di dalam keburukan.

Bermula dengan keinginan ke arah kebaikan aku belajar mengenali diriku.Ketika dahulu aku adalah seorang yang sering memandang rendah kpd diriku sendiri.Aku tidak tahu apa kelebihan diriku.Yang kunampak adalah kelemahan2ku.Aku lemas dengan keadaan yang begitu walaupun sering menerima pujian tentang kepandaianku dari segi akademik.

Setelah belajar tentang mengenali diri, barulah aku sedar yang diriku juga mempunyai kelebihan sepertimana orang lain juga.Kelemahan diri yang kusangka satu masa dahulu tidak kusangka merupakan kelebihan diriku.Aku akhirnya dapat menerima diriku sepenuhnya dan menghargai dan menyayangi diriku.Dengan ilmu jugalah aku mengetahui bagaimana wujud diri ini dan apakah tujuan aku diciptakan.Aku seterusnya melalui proses mengenal Penciptaku..

Ternyata setelah berusaha mengenal Allah, perubahan demi perubahan berlaku.Aku semakin asyik mengetahui tentang sifat2 Allah.Kesemua sifat2Nya membuat aku bertambah mengkagumi dan merasai kehebatanNya.Akhirnya aku jatuh cinta..Jatuh cinta dengan Pemilik segala sesuatu yang wujud.Rasa cinta inilah nikmat yang paling tinggi yang pernah kurasai.

Allah menjadikan sesuatu bertahap2.Cintaku kepadaNya juga bertahap2.Aku perlu berusaha untuk meletakkan cintaku kepadaNya ke tahap yg lebih tinggi lagi.Aku serahkan kepadaNya dengan berdoa, "Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon rezeki untuk mencintaiMu dan dicintai olehMu, aku memohon rezeki untuk mencintai org2 yg mencintaiMu dan dicintai oleh org2 yg mencintaiMu, aku memohon rezeki utk mencintai amal sehingga aku mencintaiMu dan Kau mencintaiku..dan rezekikanlah mencintaiMu lebih aku sukai dari mencintai diriku, keluargaku dan air yg sejuk..Amin."

Dapat mencintai Allah adalah anugerah kedua besar selepas anugerah penciptaan diri ini.Terima Kasih Allah atas anugerah ini dan tunjukilah hambaMu ini agar dapat terus mencintaiMu dan membawa kepada mentaatiMu..


Selasa, 8 Mac 2011

Terima Kasih Penciptaku


Bismillahirrahmanirrahim.
11:40 pg
Khamis 3/3/2011

Selepas menunaikan solat Dhuha.Terasa begitu nikmat sekali.Tak terungkap dengan kata-kata.Ingin kukongsi rasa ini dengan insan lain.Aku cuba kerana aku ingin sekali supaya sesiapa sahaja yang belum pernah merasai kenikmatan yang kualami ini akan berusaha sehingga dapat merasainya suatu hari nanti.

Wahai Allah, pencipta sekelian alam..terima kasih kerana membuat aku faham apakah kenikmatan yang sebenarnya itu.Rasa kerdil diri ini di hadapanMu.Aku ingin berusaha sedaya upaya, sekuat tenagaku untuk menyembahMu, membesarkanMu, menyucikanMu, mengingatiMu di setiap hela nafasku kerana hanya Kau yang berhak ke atasku.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku ingin menjadi hamba yang menuruti segala suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu tapi aku hamba yang lemah..seringkali aku tertewas dengan nafsu yang menguasai diri ini, dengan syaitan yang sentiasa dengki denganku, dengan manusia sekelilingku yang mengajak kepada keseronokan dunia..aku perlukan kekuatan dariMu ya Allah agar aku dapat selalu rasa nikmat seperti yang kurasai sekarang ini..Oleh itu aku berdoa kepadaMu: "Ya Allah, aku memohon untuk sentiasa mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperbaguskan lagi amalku untukMu.."

Aku memohon kepadaMu, ajarilah dan fahamkanlah diriku dengan segala ilmu yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis nabi saw.Terlalu luas ilmuMu di dalam 2 kitab ini..Aku memohon untuk dapat memahami segala ilmu yang terkandung di dalamnya dan selepas itu mengamalkan kesemuanya demi keranaMu..

Inilah nikmat hidup yang sebenarnya. Nikmat berada di atas jalan yang lurus, dengan wajahku sentiasa menghadap kepadaMu mengharapkan kasih sayang dan rahmatMu.Pimpinlah daku, tunjukilah daku..hambaMu yang lemah ini..Hanya Kau yang kusanjung, yang kupuja, yang menjadi dambaanku..

Terima Kasih penciptaku..

Rabu, 22 Disember 2010

Apa yang menjadi keinginanku..

Bismillahirrahmanirrahim

Di ketika ini, di saat ini, duniaku adalah rumahku.Hampir segenap waktuku, kuperuntukkan untuk suami dan anak2ku.Mereka adalah insan2 yang setiap waktu berinteraksi denganku.

Ada masanya aku lelah dengan kerenah mereka.Justeru waktu yang paling kutunggu2 adalah bilamana kudapati kesemua anak2ku sedang tidur lena di waktu siang mereka.Tetapi waktu2 begini bukanlah selalu dapat kurasai.Kadangkala timbul rasa bersalah di hati ini.Apakah aku tidak mensyukuri anugerah Allah kepadaku ini?

Maafkan aku, Ya Allah.Bukan maksudku tidak suka dengan amanah dan anugerah ini.Ini semua adalah kerana kelemahanku sendiri.Aku sedar adakalanya keinginan untuk memenuhi nafsuku sukar untuk kukawal.Maafkan ibu, wahai anak2ku.Ibu sedar ibu tidak sepenuhnya berkorban keranamu.Pengorbanan ibu sangat sedikit jika dibandingkan dengan tokoh2 ibu mithali yang telah melakar sejarah mereka.Mereka melahirkan dan membesarkan anak2 yang hebat-hebat.Bila membaca kisah2 mereka, terdetik di hati ini untuk mengikut jejak langkah mereka..ibu ingin menjadi ibu yang hebat..bisik hati kecil ibu.

Ya Allah Ya Tuhanku, berilah peluang kepadaku untuk perbaiki diri ini kerana aku sedar aku menjadi contoh kepada anak2ku.Dan aku sentiasa berharap agar Kau sentiasa ada bersama-samaku dalam medidik anak2ku.Sesungguhnya tugas mendidik mereka adalah satu tugas yang maha berat.Bersama-samalah denganku Ya Allah..

Kau telah menganugerahiku dengan empat orang puteri yang sungguh comel sekali.Aku senang dan redha menerima mereka dan aku yakin ada sebab di sebalik pemberianMu ini.Kau memberiku peluang untuk menggantikan kesilapan2 sewaktu mudaku dengan 4 kali gandaan.Alangkah pemurah dan bijaksananya perancanganMu.Kau memberiku peluang untuk menebus segala kejahilan yang pernah mewarnai hidupku.

Andaikata aku tidak menggunakan peluang ini dengan sebaik2nya, aku adalah betul2 insan yang merugi.Jangan biarkan itu berlaku kepadaku Ya Allah..Aku ingin mendidik mereka sehingga mereka menjadi seorang ibu yang lebih hebat dpdku, seorang isteri yang lebih hebat dpdku, seorang wanita yang lebih hebat dpdku dan tentunya seorang hamba yang tersangat mencintaiMu lebih dpd aku mencintaiMu.Ya Allah, bantulah aku sehingga keinginanku ini tercapai..Amin.


Ahad, 12 Disember 2010

Kisahku

Bismillahirrahmanirrahim

Ingin kulakarkan kisah hidupku.Bukan kerana aku ini orang yg ternama atau orang yg istimewa, makanya kisah hidupku perlu dirakamkan.Aku hanyalah insan biasa yang melalui saat-saat dalam kehidupanku seperti juga insan-insan lain.Tetapi keinginan yang ada dalam hati kecilku ini untuk berkongsi pengalaman kisah suka duka serta pengajaran dari pengalaman yang ditempuhi membuatku bercita-cita untuk menjadi penulis.

Mampukah aku? Pena telahpun terangakat..Mampu atau tidak, kuserahkan kepada Allah.Kerjaku adalah berusaha.Kenapa perlu menulis?Bukankah cukup jika aku sekadar bercerita sahaja kepada orang2 yang ingin mendengar? Aku akan mati suatu hari nanti.Jika berjaya kutulis buku kisah hidupku, setelah kematianku nanti sesiapa saja pun masih boleh membacanya.Dia mungkin anakku, cucuku, anak saudaraku, suamiku, abangku, mak mertuaku, kawanku, guruku atau sesiapa sahaja.

Dalam hidup ini terlalu banyak yang telah kita alami.Tetapi terlalu sedikit ruang waktu untuk dikongsikan kepada orang lain dan inilah tujuan buku ini ditulis.Aku berdoa kepada Allah agar niat murniku ini akan dipermudahkan urusannya oleh Allah swt.Terngiang lagu oleh Ramli Sarip..Aku menulis bukan kerna nama..Aku menulis kerana Allah.Aku menulis kerana ingin berkongsi.Aku menulis kerana ingin nasihat-menasihati.Aku menulis kerana zuriat keturunanku!!

Kisah kehidupanku telah terakam sedemikian rupa adalah untuk anak-anakku, puteri-puteri kesayanganku..agar kamu semua lebih memahami tentang tipu daya dunia ini..Agar kamu menempuh jalan yang lurus dengan lebih awal lagi.Agar kamu dapat memandang dunia ini sepertimana nabi junjungan kita memandangnya.Agar kamu melalui liku-liku hidup ini berpandukan Quran dan Hadis dan memahami fitrah kejadianmu.Hanya dengan memahami fitrah kejadianmu dan mengambil panduan hidup quran dan hadis sepenuhnyalah, seseorang itu boleh menemui kemuliaan dan kejayaan dunia dan akhirat.